Sunday, 12 July 2020

Simulasi SOP SK SFX





Simulasi sekolah dengan pemantauan dari Tuan PPD Mr Wee telah membantu memantapkan lagi simulasi SOP sekolah. 

Latihan Simulasi SOP sekolah




Latihan Simulasi SOP sekolah telah dimulakan bermula hari Khamis yang lalu dan berterusan sehingga SOP sekolah mantap untuk menyambut kehadiran murid-murid tahun 5 dan 6 yang akan mula bersekolah pada 15 Julai 2020 nanti manakala murid-murid tahun 1 hingga 4 akan mula bersekolah pada 22 Julai 2020.

Sunday, 5 July 2020

Syarikat pengeluar minuman jenama K2 menyampaikan sumbangan minuman dan poster kesihatan.



Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada syarikat pengeluar minuman jenama K2 kerana sudi memberikan sumbangan berupa minuman dan poster-poster penjagaan kesihatan kepada SKSFX. Sumbangan telah disampaikan oleh wakil syarikat pada 6 Julai 2020 (Isnin), bertempat di perkarangan dewan SKSFX. Sumbangan tersebut telah diterima oleh Pn. Helena Edirin, Guru Besar, SKSFX.

Wednesday, 1 July 2020

Lawatan Pemeriksaan Unit Denggi, Pejabat Kesihatan Daerah Keningau



Pada 25 Jun 2020 - Khamis, SKSFX menerima kunjungan tiga orang Pegawai Kesihatan dari Unit Denggi, Pejabat Kesihatan Daerah Keningau. Tujuan kunjungan adalah untuk membuat pemeriksaan premis sekolah bagi mengelak menjadi pembiakan nyamuk Aedes. Sepanjang pemeriksaan, para pegawai telah diiringi oleh Guru Kesihatan SKSFX, cikgu Martina. Diharapkan warga SKSFX sentiasa menjaga kebersihan dan berwaspada terhadap tempat-tempat yang berpotensi menjadi pembiakan nyamuk Aedes. Bersama-samalah kita membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Titisan Pelalian Polio Dos 1 dan 2 kepada murid-murid SK ST Francis Xavier, Keningau



Kunjungan pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Keningau berlangsung pada 24 Jun 2020, jam 2.00 - 4.00 petang, bertempat di Dewan SK ST Francis Xavier, Keningau. Tujuan kunjungan adalah untuk memberikan titisan Polio dos 1 dan 2 kepada murid-murid yang belum diberikan pelalian. Program ini diselaraskan oleh Guru Kesihatan SKSFX, cikgu Martina. Bagi pihak pentadbir SKFX dan ibu bapa, mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Keningau.

Simulasi SOP SK SFX

Simulasi sekolah dengan pemantauan dari Tuan PPD Mr Wee telah membantu memantapkan lagi simulasi SOP sekolah.