Sunday, 12 July 2020

Simulasi SOP SK SFX





Simulasi sekolah dengan pemantauan dari Tuan PPD Mr Wee telah membantu memantapkan lagi simulasi SOP sekolah. 

Latihan Simulasi SOP sekolah




Latihan Simulasi SOP sekolah telah dimulakan bermula hari Khamis yang lalu dan berterusan sehingga SOP sekolah mantap untuk menyambut kehadiran murid-murid tahun 5 dan 6 yang akan mula bersekolah pada 15 Julai 2020 nanti manakala murid-murid tahun 1 hingga 4 akan mula bersekolah pada 22 Julai 2020.

Sunday, 5 July 2020

Syarikat pengeluar minuman jenama K2 menyampaikan sumbangan minuman dan poster kesihatan.



Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada syarikat pengeluar minuman jenama K2 kerana sudi memberikan sumbangan berupa minuman dan poster-poster penjagaan kesihatan kepada SKSFX. Sumbangan telah disampaikan oleh wakil syarikat pada 6 Julai 2020 (Isnin), bertempat di perkarangan dewan SKSFX. Sumbangan tersebut telah diterima oleh Pn. Helena Edirin, Guru Besar, SKSFX.

Wednesday, 1 July 2020

Lawatan Pemeriksaan Unit Denggi, Pejabat Kesihatan Daerah Keningau



Pada 25 Jun 2020 - Khamis, SKSFX menerima kunjungan tiga orang Pegawai Kesihatan dari Unit Denggi, Pejabat Kesihatan Daerah Keningau. Tujuan kunjungan adalah untuk membuat pemeriksaan premis sekolah bagi mengelak menjadi pembiakan nyamuk Aedes. Sepanjang pemeriksaan, para pegawai telah diiringi oleh Guru Kesihatan SKSFX, cikgu Martina. Diharapkan warga SKSFX sentiasa menjaga kebersihan dan berwaspada terhadap tempat-tempat yang berpotensi menjadi pembiakan nyamuk Aedes. Bersama-samalah kita membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Titisan Pelalian Polio Dos 1 dan 2 kepada murid-murid SK ST Francis Xavier, Keningau



Kunjungan pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Keningau berlangsung pada 24 Jun 2020, jam 2.00 - 4.00 petang, bertempat di Dewan SK ST Francis Xavier, Keningau. Tujuan kunjungan adalah untuk memberikan titisan Polio dos 1 dan 2 kepada murid-murid yang belum diberikan pelalian. Program ini diselaraskan oleh Guru Kesihatan SKSFX, cikgu Martina. Bagi pihak pentadbir SKFX dan ibu bapa, mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Keningau.

Monday, 29 June 2020

Sejarah SK ST Francis Xavier, Keningau, Sabah

1946 - Menggunakan rumah Rektor dan Gereja sebagai bilik darjah serta kerusi gereja sebagai meja tulis dan bangku .

1950 - Rev. Father Grent berjaya membina sebuah bangunan 2 tingkat yang mempunyai 4 bilik darjah melalui kutip derma daripada Eropah dan Singapura .

1956 - 2 bilik darjah tambahan telah dibina . Star Mission telah diubah menjadi Guru Besar dan bilik guru-guru.

1970 - Tiga buah bilik darjah baharu telah dibina

1971 - Bilik Guru Besar dan guru-guru diperluaskan

1984 - 3 buah bilik darjah baharu dibina selari dengan blok pertama

1985 - 10 buah bilik darjah tambahan dibina (BLOK A). Dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah, En Alwi B. Hj. Ahmad, pada 28 September .

1992 - 13 buah bilik darjah telah dibina di blok B. Ia dirasmikan oleh Datuk Uskop. Bangunan sekolah lama yang mempunyai 6 buah bilik dirobohkan.

1993 - Pembinaan dewan terbuka dan tandas moden.

2000 - 2 buah bilik darjah, bilik disiplin, bilik kaunseling, bilik gerakan telah dibina.


Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_St._Francis_Xavier,_Sabah

Web Blog ini sedang dalam pembinaan - UNDER CONSTRUCTION

Harap maaf, web blog SK ST. Francis Xavier, Keningau, sedang dalam pembinaan.

Terima kasih.

Kesiapsiagaan Pembukaan Sekolah 2020

SK St. Francis Xavier, telah bersedia untuk menyambut kedatangan pelajar.

Persediaan telah dilakukan secara bergotong-royong.

Selamat datang

Selamat datang ke SK St Francis Xavier, Keningau, Sabah.

Web blog rasmi ini mula dibuka pada 30 Jun 2020.

Simulasi SOP SK SFX

Simulasi sekolah dengan pemantauan dari Tuan PPD Mr Wee telah membantu memantapkan lagi simulasi SOP sekolah.